Selepas tiga gelaran liga berturut-turut, Bayern sebagai juara bertahan telah mendahului musim ini dengan 7 mata dengan rekod 100 peratus selepas 10 perlawanan. Walaupun Bayern sudah memenangi 25 kejuaraan Bundesliga, namun The Bavarians belum pernah berjaya memenangi Bundesliga sebanyak empat kali berturut-turut.
2. Liga Terbaik Eropah
Rekod Bayern hari ini sudah menyamai rekod Liga Terbaik Eropah yang lain sama seperti yang pernah dicatat oleh Juara Serie A, Roma dengan 10 kemenangan berturut-turut dari dua musim lalu. Manakala di Liga Perdana Inggeris, rekod Tottenham Hotspur masih belum dipecahkan dengan 11 kemenangan berturut-turut sejak tahun 1960-1961. Bayern bakal menyaingi pencapaian Spurs di Frankfurt Jumaat depan dan mungkin boleh memecahkan rekod tersebut jika terus catat kemenangan di tempat sendiri semasa menentang Stuttgart pada minggu berikutnya.
3. Paling tinggi pernah dicatatkan, kutipan mata dalam satu musim
Setelah Jupp Heynckes menetapkan standard dalam tiga kejuaraan berganda (Treble Champion) yang bersejarah pada musim 2012-13 dengan kutipan mata keseluruhan yang menakjubkan sebanyak 91 daripada kemungkinan 102 mata (perfect game). Bayern keciciran hanya 11 mata (kekalahan kepada Leverkusen dan empat seri) sepanjang musim itu. Ini boleh dicapai hanya jika Bayern memberi tumpuan sepenuhnya sehingga akhir musim ini, tidak seperti pada dua kempen pada musim lalu apabila mereka kehilangan fokus selepas dinobat dengan kejuaraan awal.
4. Rekod Tak Terkalah (The Invincibles)?
Belum ada lagi pasukan yang pernah memenangi setiap permainan (34 perlawanan - 102 mata) Bundesliga atau kekal tanpa kalah sepanjang musim keseluruhan. Bayern hampir melakukannya sebanyak dua kali, namun gagal dalam mencapainya pada 1986-1987 (di bawah Udo Lattek) dan 2012-13 (di bawah Jupp Heynckes) dimana, kedua-dua peluang untuk mencipta rekod tersebut tewas kepada Bayer Leverkusen.
5. Mesin Kemenangan
Bayern berjaya merekodkan 29 kemenangan daripada 34 perlawanan liga musim berturut-turut - di bawah Heynckes pada 2012-13 dan selepas itu, Pep Guardiola bertanggungjawab untuk mengekal istilah "Winning Machine" tersebut. Bayern kini sudah satu pertiga daripada perjalanannya untuk kekalkan kemenangan: dan mereka hanya memerlukan 20 kemenangan daripada 24 baki perlawanan Bundeliga untuk memecahkan rekod mereka sendiri.
6. Jaringan Gol Tertinggi
Bayern telah meledak 33 gol dalam 10 perlawanan pada purata 3.3 gol untuk setiap perlawanan dan berkemungkinan dengan mudah untuk memecahkan rekod lamanya. Rekod tertinggi pernah direkodkan setakat ini adalah sebanyak 101 gol (purata 2.97) semasa musim 1971-72 apabila pemain legenda Gerd Muller secara individu menjaringkan 40 gol. Ramai yang yakin, Bayern mampu memecahkan rekod lama musim 1971/72 itu berdasarkan prestasi semasa Robert Lewandowski dan Thomas Muller sejak awal musim ini.
Lewandowski telah memulakan musim ini dengan prestasi yang luar biasa.
7. Gol paling sedikit dibolosi
Bayern telah dibolosi sebanyak 18 gol pada tahun 2013 dan 2015 (0.53 setiap 90 minit). Berdasarkan prestasi semasa musim iatu baru dibolosi hanya 4 gol, Bayern diyakini mampu mengurangkan statistik dibolisi 0.53 gol setiap perlawanan.
8. Kemenangan Bundesliga berturut-turut paling banyak dalam satu musim
Bayern memburu rekod 19 kemenangan berturut-turut dari Pep semasa musim 2013-14. Kini, Bayern sudah berada lebih separuh jalan untuk melepasi rekod tersebut.
9. Jumlah Kemenangan Bundesliga paling berturut-turut
Bayern menang pada hari terakhir musim lalu, jadi mereka sudah mempunyai satu kemenangan dalam bank dan kesacara keseluruhan 11 kemenangan dan mereka mampu untuk menyamai rekod 19 kemenangan semasa musim 2013-14.
10. "Clean Sheets" Paling Banyak
Musim lalu, Bayern berjaya merekodkan 22 perlawanan tanpa dibolosi (Manuel Neuer 20 permainan dan Pepe Reina 2 perlawanan). Musim ini, sebanyak 6 rekod 'clean sheets' direkodkan dari 10 perlawanan, Neuer dan penjaga kedua Sven Ulreich mempunyai sedikit kerja yang perlu dilakukan untuk memecahkan rekod ini. Memerlukan lagi 16 rekod 'clean sheets' untuk menyamai rekod dengan baki 24 permainan Bundesliga.
11. Penjaga Gol "Clean Sheets" Paling Banyak
Musim lalu, Neuer berjaya memecahkan rekod Oliver Kahn 19 'clean sheets' pada musim 2001-02 dan dilihat mampu memperbaiki lagi recok tersebut dengan syarat dia bermain lebih kerap musim ini di Bundesliga.
12. Jumlah Perbezaan Mata Paling Besar
Sebanyak 25 jurang perbezaan mata memisahkan Bayern selaku juara dan Dortmund ditempat kedua, pada musim 2012-13. Kredit diberikan kepada jurulatih baru BVB, Thomas Tuchel kerana beliau masih menjaga jurang mata kepada "hanya" 7 sehingga hari ini, tetapi masih ada peluang untuk Bayern untuk terus melebarkan jurang mata sehingga ke akhir musim ini.
13. Jaringan Gol Tertinggi di Tempat Lawan Dalam Satu Musim
Dua musim lalu, Bayern menjaringkan 46 gol sditempat lawan, jadi, dengan 9 gol setakat ini dijaringkan di tempat lawan dalam pembukaan 4 perlawanan, Bayern perlu menjaringkan 38 gol lagi dengan baki 13 perlawanan ditempat lawan. Masih terlalu awal untuk menilai kemampuan Bayern memecahkan rekod ini.
14. Jaringan Gol Tertinggi di Laman Sendiri
Bayern telah memegang rekod ini dengan menjaringkan 69 gol di laman sendiri di zaman kegemilangan Gerd Muller semasa musim 1971-1972. Setakat hari ini, Bayern telah menjaringkan 24 gol apabila bermain 6 perlawanan di Allianz Arena, Ramai pihak yakin, Bayern mampu melepasi rekod rekod lama pada 1971-72 tersebut.
15. Gol Paling Sedikit di Bolosi di Laman Sendiri
Bayern telah dibolosi hanya satu gol di Allianz Arena setakat ini dalam 6 perlawanan. Sedia maklum, bahawa ini bukan rekod semasa yang dipegang oleh Bayern. Werder Bremen masih mengekalkan rekod ini yang dicipta dalam tahun 1992-1993, apabila pertahanan mereka dibolosi hanya dengan sekadar 5 gol di tempat sendiri dalam satu musim.
16. Rekod Tuan Rumah Yang Terbaik
Dengan 6 kemenangan berturut-turut setakat ini di Allianz Arena, Bayern berada di landasan yang baik untuk memperbaiki dalam rekod sedia ada dengan 16 kemenangan di laman sendiri, yang dibuat pada tahun 1972-1973; ia menyamai rekod Schalke yang dicipta pada 1971-1972 dan rekod ini turut dikongsi bersama dengan Wolfsburg ketika menjuarai musim 2008-09 di bawah kendalian Felix Magath.
17. Rekod Perbezaan Gol Tertinggi Dalam Satu Musim
Rekod perbezaan gol yang tertinggi setakat ini adalah 80, pada musim 2012-13. Rekod ini juga dilihat mampu dipecahkan oleh Pep pada musim ini. Bayern telah menjaringkan 33 gol dan hanya 4 bolos, yang bersamaan dengan 29 perbezaan gol; ketika baru satu pertiga musim sedang berlangsung.