Robert Lewandowski menjaringkan 5 gol yang membawa Bayern Munchen menang 5-1 ke atas Wolfsburg dalam saingan Bundesliga pada perlawanan keenam di Stadium Allianz Arena, awal pagi tadi waktu Malaysia.
Robert Lewandowski yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua menjaringkan Lima gol hanya dalam masa 8 minit sahaja.
Pada awalnya, Wolfsburg mendahului tuan rumah dengan gol Daniel Caligiuri yang menerima umpanan dari pemain Jerman Julian Draxler pada minit 26.
Pada awal babak kedua Bayern Munchen terus melakukan pertukaran pemain di antaranya Robert Lewandowski masuk menggantikan Thiago Alcantara dan Javi Martinez menggantikan Juan Bernat.
Taktik pertukaran pemain tersebut membuahkan hasil pada minit ke 51 Robert Lewandowski berjaya menjaringkan gol dari jentera serangan yang dimulakan oleh Boateng.
Robert Lewandowski kemudian membawa Muenchen mendahului 2-1 setelah memafaatkan umpanan pendek Douglas Costa di 52.
Penyerang Poland itu menjaringkan hattrick sekaligus membawa Munchen dihadapan 3-1 di 55.
Pada minit 57, Robert Lewandowski terus mengukuhkan kedudukan tuan rumah 4-1 ketika berhasil memperdaya pemain pertahanan Wolfsburg setelah menerima umpanan dari sayap kiri.
Robert Lewandowski membawa Bayern Munchen mendahului 5-1 setelah mendapatkan umpanan cantik dari Mario Gotze di minit 60.
Tor ! Tor ! Tor ! Tor ! Tor ! |
Kemenangan telah ini membawa Bayern Munchen ke puncak takhta Bundesliga dengan 18 mata dari enam perlawanan sementara Wolfsburg kekal di kedudukan tangga ketiga dengan 11 mata.
Susunan pemain Wolfsburg vs Bayern Munchen:
Wolfsburg (4-2-3-1): Benaglio; Rodriguez, Dante, Naldo, Trasch; Gustavo (Maximilian Arnold), Guilavogui; Kruse (Andre Schürrle), Draxler, Caligiuri; Dost (Bendtner).
Bayern (4-3-3): Neuer; Bernat (Javi Martínez), Alaba, Boateng, Lahm; Vidal, Alonso (Kimmich), Thiago (Robert Lewandowski) ; Gotze, Muller, Costa.